Salam sejahtera dan selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga bertambah juga rezeki kita, Insya-Allah. Semalam saya ronda-ronda di Dungun sahaja ambil angin luar. Suasana redup aje. Tengok langit malam pula nampak kelam. Bulan seolah-olah sedih mengerti rentak hati. Saya melalui Jalan Pantai Teluk Lipat lalu terlihatlah bangunan yang dipandang sepi. Ia adalah Muzium Dungun.

Inilah Muzium Kesayangan Bagi Mereka Yang Mengerti Akan Nilainya
Ia Bakal Dilenyapka
n


Menurut sumber, muzium itu nak dipindahkan ke Bukit Besi. Ada yang setuju dan tidak kurang hebatnya ada yang membangkang. Memang la nak bangkang dan bukan apa, kalau nak pindahkan muzium memang mustahil la tapi kalau nak pindahkan artifak dan apa yang ada di dalam itu ke tempat baru dan bangunan yang sedia ada dikekalkan, tak ada orang nak marah. Ini nak robohkan terus memang angin.

Bangunan itu adalah tinggalan sejarah. Ada yang menyokong kerana tidak ada gunanya bangunan tersebut berada di situ. Baginya tak ada makna langsung. Itu kata mereka yang tak mengerti akan nilai sejarah. Tak boleh marah mereka kerana memang ada di antara kita tak faham dan ada juga yang buat-buat tak faham. Dek kerana nama pembangunan maka apa yang menjadi tugu tidak dipertahankan contohnya bangunan-bangunan lama yang sengaja dihapuskan demi pembinaan yang baru lebih menguntungkan untuk hari ini. Sedangkan, kita hidup dengan sejarah, tanpa mengenang sejarah maka di antara kita akan mengulangi kesilapan yang sama. Kita tak belajar dari sejarah.

Sebelum ini ada pihak tampil mendapatkan tandatangan bagi menyatakan tanda protes dan tidak menyokong bangunan tersebut dirobohkan tapi tandatangan sahaja tidak cukup jikalau pihak yang tidak bertanggungjawab itu tetap juga nak robohkan. Apa ada dengan tandatangan kalau kita sendiri tak pergi protes, betul ke tidak?

Pakat-pakat kita usahakan bagi yang sayangkan nilainya. Biar nanti anak cucu cicit kita tahu bahawa orang dulu-dulu pernah melakukan kesilapan sehingga hasil bumi kita yang kaya ni tergadai. Kita sudah kerugian dengan landasan keretapi yang dihapuskan. Anak cucu kita tak akan belajar yang dulu landasan itulah digunakan untuk membawa biji besi. "Kenapa biji besi tempat kita diangkut keluar?" biarkan soalan ini yang anak cucu cicit kita tanya dan betapa kita tak pernah pun nak jaga pusaka dan tak berani nak menentang pencerobohan. Begitulah kita tidak pernah belajar lalu membiarkan hasil kita dirampas. Lihatlah negara Brunei, kalau mereka setuju nak gabung dalam pembentukan Malaysia apa agaknya jadi? Pada Julai 1963, Brunei tidak ambil peduli lagi tentangnya.

Cuba kita fikir lagi, kalau A.M Azahari yang masa tu memimpin Parti Rakyat Brunei tak menentang, agak-agak Brunei kaya tak sampai sekarang? Mereka tak bersetuju langsung. Alasan yang paling menyokong, "Hasil bumi pasti diceroboh." Itulah yang berlaku kepada Terengganu yang sebenarnya kaya dengan minyak tapi jadi negeri termiskin dalam Malaysia.


Ditempat lain, jaga benda-benda ni, tengok sahajalah contohnya Menara Condong di Teluk Intan, Perak menjadi tarikan. Mereka memperkenalkan keunikkan tu dan mencantikkannya lagi. Tapi di tempat kita Dungun khususnya, selagi nak roboh diorang (orang yang pentingkan diri) akan robohkan

Contoh di tempat orang. Menara Condong, Teluk Intan
Nak tanya, apa uniknya Dungun? Kalau awak nak tahu, Dungun ni sebenarnya sangat indah dan menarik tetapi pihak yang berwajib seolah-olah lepas tangan dan langsung tak melakukan sesuatu untuk menarik orang ke bumi yang bertuah ini. Entah apa yang tak kena sampai pusat rekreasi yang patut ditambah baikkan hanya dibiarkan untuk pupus contohnya Teluk Gadong, Dungun. Ada lagi tenpat menarik, Teluk Bidara.

Apa yang pelik lagi, medan selera di situ hendak dirobohkan selepas tapak baru dibina (tepi pagar UiTM Dungun). Atas dasar apa untuk dirobohkan sedangkan perlu penambahan? Pening dengan keadaan sekarang mungkin pihak berwajib tidak kaji betul-betul.

Kemudian ada lagi projek yang pelik, iaitu apa yang berlaku di hadapan Politeknik Dungun, jejantas yang ada jauh dari kawasan itu. Pelik tak? Siapa yang lalu di situ pasti boleh agak. Dulu pernah saya tengok lembu yang menggunakannya. Bagi saya laluan di lampu isyarat itu sibuk, pelajar melintas hari-hari, tetapi jejantas yang ada seolah bukan untuk mereka. Ish!

Maaf cakap, bukan saya nak bising tetapi menyatakan KEPELIKAN yang berlaku khusunya DUNGUN ni. Terdapat banyak pembaziran, awak percaya atau tidak? Hal ini bukan untuk kita bahaskan atau mencari salah tetapi untuk sama-sama kita fikir dan renungkan. Yang tak sependapat dengan saya, saya tak boleh paksa ^_^

Post a Comment

Previous Post Next Post